Thursday, 13 June 2013

KUAH ROJAK BUAH PERCUMA...

PROMOSI PASTI MELELEH.. Khas buat bakal2 pengantin & family serta pihak katering..

Atas sambutan & permintaan yang luar biasa AIRYSSFOOD dengan berbesar hati ingin berkongsi kegembiraan di hari bahagia anda dengan mensponsor KUAH ROJAK BUAH dimajlis resepsi anda secara PERCUMA.

Apa yang perlu dilakukan mudah sahaja. Anda cuma perlu Like & Share page KUAH ROJAK AIRYSS kemudian PM (I LIKE ROJAK BUAH),nama, alamat, no HP & tarikh majlis. Kami akan menghubungi anda ASAP.

PROMOSI INI HANYA SAH UNTUK 10 YANG TERAWAL SAHAJA...
(Tertakluk pada terma & syarat)


BERMINAT!!!!!!

Hubungi : 016-3311865 (SHA)

BLOG : http://airyssfood.blogspot.com/
FACEBOOK: Kuah Rojak Airyss



Add caption

Sunday, 2 June 2013

Cara kekalkan kandungan Zat dan Kesegaran sayur



Tahukah anda bahawa suku hingga separuh  vitamin C  pada  sayur  hilang bila 
dijadikan puri..?,Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di 
dalamnya :- 


1. Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang 
    kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat
    secara tidak langsung. 

2. Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya. 

3. Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-
    benar ingin memasaknya

4. Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja.
    Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya. 

5. Masak cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara 
    stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang 
    dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah
    merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik. 

6. Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong
    sayur tersebut.

7. Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus
    kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung 
    dalam sayur tersebuhilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk
    masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan. 

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.



Khasiat Buah Betik

- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.

- Mengandungi antioksidan

- Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.

- Baik untuk jantung

- Membantu dalam pemulihan luka.


Khasiat Pisang

- Memberi sumber tenaga yang segera.

- Membantu untuk mengatasi masalah sembelit

- Mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang m’bolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :)

- Boleh merangsangkan pengeluaran haemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.


Khasiat Jambu Batu

- Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.

- Bahan antioksidan yang berkesan 

- Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 

- Baik untuk sembelit

- Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.


Khasiat Tembikai

- Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.

- Biji tembikai ialah sumber protin yang baik

- Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.

- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga

- Dapat mengawal tekanan darah.

Khasiat Nenas

- Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.

Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.

- Membantu untuk membina tulang yang sihat.

Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.

- Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.

- Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Saturday, 1 June 2013

Wow...sodapnyer..meleleh bebbb!!!

Thank u Azrin Azreyn kerana mencuba Kuah Rojak Airyss nanti dah mkn sila bg respon yer..... :-)


Terima kasih kepada makcik esah dan pakcik shuib kerana order Kuah Rojak Airyss terbaek!!!