Sunday, 2 June 2013

Cara kekalkan kandungan Zat dan Kesegaran sayur



Tahukah anda bahawa suku hingga separuh  vitamin C  pada  sayur  hilang bila 
dijadikan puri..?,Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di 
dalamnya :- 


1. Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang 
    kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat
    secara tidak langsung. 

2. Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya. 

3. Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-
    benar ingin memasaknya

4. Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja.
    Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya. 

5. Masak cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara 
    stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang 
    dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah
    merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik. 

6. Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong
    sayur tersebut.

7. Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus
    kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung 
    dalam sayur tersebuhilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk
    masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan. 

No comments:

Post a Comment